Monday, May 14, 2012

Kek Ombak Tsunami


Bahan:
10 biji telur ayam
16 ozs. Butter
1 tin susu manis
½ cawan horlick
½ cawan serbuk koko
1 gelas gula halus
3 gelas tepung gandum
1 sudu teh browning sugar, campur dengan serbuk koko
1 sudu teh vanilla

Cara-cara membuatnya:
Pukul butter dengan gula hingga putih. Masukkan telur satu persatu sampai habis. Masukkan tepung, susu manis, vanilla dan kacau hingga sebati. Kemudian, bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Satu adunan dicampur dengan serbuk koko dan browning sugar. Satu lagi adunan dicampurkan dengan horlick dan sedikit pewarna kuning. Sediakan acuan dan cara membuatnya adalah begini: Tompokkan mana-mana yang disukai berlapis-lapis hingga kesemua adunan habis. Bakar dengan api yang sederhana sehingga masak.

·       ***Tepung mestilah dijemur terlebih dahulu untuk menghasilkan kek yang elok/lembut.

Kek Dewan Parlimen


Bahan:
10 biji telur ayam
16 ozs. Butter
2 gelas tepung roti marie
¼ gelas air suam
1 tin kaya
1kg roti cocopuff
1 botol horlick (saiz kecil-250g)
1½ gelas gula halus
1 sudu teh vanilla

Cara-cara membuatnya:
Pukul mentega dengan gula hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sampai habis dan kacau rata. Horlick dicampur dengan kaya dan air suam, bancuh sampai sebati. Masukkan kedalam adunan gula/telur tadi dan gaul rata. Akhir sekali masukkan vanilla.
Siapkan acuan, masukkan adunan kedalam acuan (agak-agak dalam satu senduk) dan kukus. Bila adunan sudah masak, angkat acuan, dan susun roti cocopuff rapat-rapat diatas adunan tadi. Selepas itu, masukkan satu senduk adunan keatas roti yang telah disusun tadi dan kukus semula adunan. Ulang proses menyusun sehingga adunan habis. Kukus adunan tadi selama 2 jam / sehingga masak.

Kek Lapis Strawberi


Bahan:
10 biji telur ayam
½ tin susu manis
16 ozs. Mentega
1 gelas gula halus
1½ gelas tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu the vanilla
1 cawan jem strawberi

Cara-cara membuatnya:
Mula-mula, pukul mentega dan gula  hingga kembang. Telur dipukul berasingan hingga kembang, barulah dicampur dengan adunan mentega/gula tadi. Gaul adunan hingga sebati dan rata. Kemudian, masukkan tepung, baking powder, vanilla dan susu manis. Gaul adunan hingga sebati. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. Adunan pertama, campurkan dengan sedikit pewarna hijau. Adunan kedua, dicampurkan dengan jem strawberi dan sedikit pewarna merah. Akhir sekali, kukus adunan berlapis-lapis sehingga masak.

Kek Jambatan Emas (2)


Bahan:
10 biji telur ayam
½ tin susu manis
2 gelas tepung roti marie
1 tin mentega (16 oz.)
1 tin kecil kaya
75 gm buah badam (di mayang/dihiris halus)
50 gm halwa kundur

Cara-cara membuatnya:
Mula-mula, pukul mentega, gula dan telur hingga kembang. Kemudian, masukkan susu dan tepung roti marie. Setelah itu, adunan di bahagi dua sama banyak. Adunan pertama, dicampur dengan kaya. Adunan kedua, dicampur dengan manisan kundur dan badam. Kemudian, kukus aduan pertama dahulu dan diikuti dengan adunan kedua. Kukus secara berlapis-lapis, sampai adunan habis sehingga adunan masak.

Kek Paris


Bahan:
6 biji telur ayam
½ kilogram kacang gajus
2 cawan gula halus
2½ cawan tepung gandum
12 auns butter
½ botol kecil horlick
2 bungkus kecil ceri merah dan hijau
1 kotak buah red dates
1 kotak mixfruit “Big Sister”
1 sudu teh baking powder
2 sudu makan browning sugar

Cara-cara membuatnya:
Mula-mula, pukul butter dengan gula hingga kembang. Kemudian, masukkan telur, baking powder, browning sugar, gajus, horlick, ceri merah dan hijau, red dates, mixfruit dan tepung gandum. Gaul rata adunan hingga sebati. Akhir sekali, kukuskan adunan selama 6 jam (hingga masak).