Thursday, May 19, 2011

KEK TASIK BIRU


Bahan:

16 ozs. Mentega
10 biji telur ayam
1 gelas gula halus
1 tin susu manis
2 gelas tepung roti Marie
1 tin kecil kaya
1 tin kelapa kering
½ botol jem nenas
2 sudu the baking powder
1 sudu teh esen vanilla


Cara-cara membuatnya:
                                                Pukul telur dengan gula hingga putih (kembang). Mentega dikacau hingga cair dan kembang. Kemudian, masukkan susu manis, kaya, tepung roti Marie, vanilla dan baking powder. Kacau rata adunan hingga sebati.
Adunan dibahagikan kepada 2 bahagian sama rata. Bahagian yang pertama,
campurkan dengan kelapa kering dan campurkan dengan sedikit pewarna merah.
Bahagian ke-2, dibahagikan lagi kepada dua bahagian sama banyak dan
campurkan pewarna hijau pada adunan pertama dan warna kuning untuk adunan kedua.
                                                Sedia acuan dan kukus warna hijau dahulu sampai masak, dan seterusnya sapu jem sebelum diikuti dengan lapisan kedua (warna kuning) dan selepas itu dituruti dengan warna merah. Ulang proses melapis sehingga adunan habis dan masak.

*Sebelum memasukkan adunan kedalam acuan:
- potong kertas minyak mengikut saiz acuan
- masukkan kertas yang telah dipotong kedalam acuan
- sapukan sedikit marjerin pada setiap bucu acuan
(ini adalah bagi menggelakkan kek melekat pada acuan)

KEK LAPIS ROTI TELUNJUK


Bahan:

16 ozs. Mentega
10 biji telur ayam
1 tin susu manis
1 cawan Milo
1 tin kecil kaya
1 sudu teh esen vanilla
1 gelas gula halus
1½ gelas tepung gandum
1 sudu the baking powder
Roti telunjuk secukupnya
½ sudu teh browning


Cara-cara membuatnya:
                                                Pukul mentega dengan gula hingga putih (kembang). Telur dipukul berasingan hingga kembang. Selepas itu campurkan adunan mentega/gula dengan telur tadi. Seterusnya, masukkan tepung, susu manis, baking powder dan vanilla. Kacau rata adunan hingga sebati.
Adunan dibahagikan kepada 2 bahagian sama rata. Bahagian yang pertama, campukan dengan serbuk Milo dan  ½ sudu teh browning. Bahagian ke-2, campurkan dengan kaya dan warnakan dengan pewarna hijau.
                                                Sedia acuan dan kukus/bakar mana-mana bahagian dahulu dan susun roti telunjuk di atas adunan pertama dan seterusnya lapisan kedua, berlapis-lapis sehingga adunan habis dan masak.

*Sebelum memasukkan adunan kedalam acuan:
- potong kertas minyak mengikut saiz acuan
- masukkan kertas yang telah dipotong kedalam acuan
- sapukan sedikit marjerin pada setiap bucu acuan
(ini adalah bagi menggelakkan kek melekat pada acuan)

Tuesday, April 26, 2011

Happy Moments....

Jalan-jalan di Petrosains......
(dari kiri : Ahmad Daniel, Ahmad Amir, A'inul Fathimah & Mohamad Nizam)

Mee Udang Banjir @ Taiping, Perak...nyum...nyummm....

Sedapnya ABC Special si Ahmad Daniel.....tinggi lagi tu....

Char Kuay Teow @ DBI Ipoh...memang sedap...

Menikmati Fruit Punch di KLCC...






Recommended Paid To Click Sites

 Are you a mother, a father or even a student who want to earn legal extra income? Are you tired of working in a job for 8 to 10 hours daily and the salary is not that much? Do you want to fire your boss and have your own business? Do you want to earn money online legally? Are you a bum who sits in front of a computer but doesn’t earn anything from it? Are you a fresh graduate who do not job yet after graduation? Or are you just a person in every walks of life who needs money for yourself and your family? This type of home based business or job I’m offering is exactly just for YOU! And make you money just for free!!!
What is the Paid-to-click Program?
Paid  To Click is an online business that is in demand for making money online. These programs, act  as middlemen  between advertisers and consumers; the advertiser pays  for displaying ads on the PTC website, and a part of this payment goes  to the viewer when he views the advertisement .  Most PTC sites offer a  commission to its members for signing up new members or they may pay  members a percentage of the clicks that their referrals make as an  ongoing commission.
As a standard member  you get paid $0.01 per ad you click, and you have to wait for 10-30  seconds, depending on what the programs requires.  There’s also a limit  on ads you can click each day.  Let say the limit is 10 ads per day, you  will earn $0.10 per day x 30 days that is around $3 per month.   Depending on how many sites or programs you will join or sign ups.
Are Paid to click Scams?
Scams  exposed on any Paid to Click forums, are still heavily used by newcomers who  are drawn in to the websites by search engines. Scam PTC sites  attract new users with cheap offers for upgrades and referrals and  disappear without trace after a short time. As  many scam PTC sites that there are online, here are the lists of “Legitimate” site or programs online.  Click the all the banners below and start earning today!!!


Clicksia








Incentria



Luangkan Masa....

Luangkan masa untuk berfikir
Ia merupakan sumber kepada kekuatan
Luangkan masa untuk bermain
Ia merupakan rahsia keremajaan yang abadi
Luangkan masa untuk membaca
Ia adalah sumber kebijaksanaan
Luangkan masa untuk sembahyang dan berdoa
Ia adalah ketenangan yang paling besar di bumi
Luangkan masa untuk bercinta dan dicintai
Ia adalah perasaan anugerah Tuhan
Luangkan masa untuk beramah-mesra
Ia adalah jalan untuk menuju kegembiraan
Luangkan masa untuk ketawa
Ia adalah irama untuk jiwa
Luangkan masa untuk memberi
Ia mengurangkan sikap mementingkan diri
Luangkan masa untuk bekerja
Ia adalah harga kepada sebuah kejayaan
Luangkan masa untuk beramal jariah
Ia adalah kunci kejalan syurga.....




KEK JAMBATAN EMAS


Bahan:

12 ozs. Mentega
10 biji telur ayam
1 gelas gula halus
2 gelas Tepung Roti Marie
½ tin susu manis
1 tin kecil kaya
½ gelas tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
6 bungkus manisan keranji (dipotong kecil-kecil)

Cara-cara membuatnya:
                                                Pukul mentega dengan gula hingga putih (kembang). Masuk telur satu persatu sampai habis. Seterusnya, masukkan tepung, susu dan vanilla. Kacau rata, kemudian masukkan tepung roti marie, tepung gandum dan susu manis.
Adunan dibahagikan kepada 2 bahagian sama rata. Bahagian yang pertama, campukan dengan setin kecil kaya dan warnakan dengan pewarna hijau. Bahagian ke-2, campurkan dengan manisan keranji dan warnakan dengan pewarna merah.
                                                Sedia acuan dan kukus bahagian 2 dahulu dan seterusnya bahagian 1, berlapis-lapis sehingga adunan habis dan masak.

*Sebelum memasukkan adunan kedalam acuan:
- potong kertas minyak mengikut saiz acuan
- masukkan kertas yang telah dipotong kedalam acuan
- sapukan sedikit marjerin pada setiap bucu acuan
(ini adalah bagi menggelakkan kek melekat pada acuan)

 

Friday, April 15, 2011

Dosa Mengumpat

Mengumpat/mengata ialah menceritakan atau menyebut
keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain dengan maksud untuk mengaibkan individu berkenaan.

Rasullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat seperti sabdanya bermaksud
"Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu
perkara yang dibencinya"(Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk
apabila menyebut atau menceritakan keburukan biarpun tanpa menyebut nama
pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.

Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ianya disamakan seperti
memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging
manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan
diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat.

Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan. Selagi
orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan
menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud: "Awaslah daripada mengumpat kerana
mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan
zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan
sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya
sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan
Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia tidak dirasakan lagi
sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.

Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya
diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas
perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya. Sabda Rasulullah
S.A.W. "Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman
dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan janganlah kamu
mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban
saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan
mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat
Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada
rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud : "Perbuatan mengumpat itu samalah
seperti api memakan ranting kayu kering". Pahala yang dikumpulkan sebelum
itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering
sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, di akhirat seorang terkejut besar
apabila melihat cacatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya
didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah
datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah
melakukannya". Maka Allah menjawab : "Semua itu kebaikan (pahala) orang
yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan
kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan
kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.

Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat itu, kita wajib berusaha
mengelakkan diri daripada melakukannya.

Oleh itu hendaklah kita perbanyakkan berzikir agara dapat menghindarkan diri daripada
mengumpat.