Thursday, May 19, 2011

KEK TASIK BIRU


Bahan:

16 ozs. Mentega
10 biji telur ayam
1 gelas gula halus
1 tin susu manis
2 gelas tepung roti Marie
1 tin kecil kaya
1 tin kelapa kering
½ botol jem nenas
2 sudu the baking powder
1 sudu teh esen vanilla


Cara-cara membuatnya:
                                                Pukul telur dengan gula hingga putih (kembang). Mentega dikacau hingga cair dan kembang. Kemudian, masukkan susu manis, kaya, tepung roti Marie, vanilla dan baking powder. Kacau rata adunan hingga sebati.
Adunan dibahagikan kepada 2 bahagian sama rata. Bahagian yang pertama,
campurkan dengan kelapa kering dan campurkan dengan sedikit pewarna merah.
Bahagian ke-2, dibahagikan lagi kepada dua bahagian sama banyak dan
campurkan pewarna hijau pada adunan pertama dan warna kuning untuk adunan kedua.
                                                Sedia acuan dan kukus warna hijau dahulu sampai masak, dan seterusnya sapu jem sebelum diikuti dengan lapisan kedua (warna kuning) dan selepas itu dituruti dengan warna merah. Ulang proses melapis sehingga adunan habis dan masak.

*Sebelum memasukkan adunan kedalam acuan:
- potong kertas minyak mengikut saiz acuan
- masukkan kertas yang telah dipotong kedalam acuan
- sapukan sedikit marjerin pada setiap bucu acuan
(ini adalah bagi menggelakkan kek melekat pada acuan)

1 comment: