Bahan-bahannya:
20 biji telur ayam (kuning sahaja)
¼ gelas gula halus
1½ gelas serbuk Milo
1¼ gelas tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
1 tin susu manis
1 sudu the baking powder
16 ozs. Mentega
1 tin besar kaya
1 botol browning sugar (saiz sederhana)
Cara-cara membuatnya:
Pukul mentega dengan gula hingga putih (kembang). Masuk kuning telur satu persatu sampai habis. Seterusnya, masukkan susu manis, serbuk Milo, kaya, tepung gandum, esen vanilla dan baking powder. Akhir sekali, masukkan browning sugar dan gaul sehingga sebati.
Sedia acuan dan kukus kek selama 2 jam atau sehingga masak. Selepas itu, bakar kek didalam ketuhar selama 10-15 minit dengan api yang sederhana.
*Sebelum memasukkan adunan kedalam acuan:
- potong kertas minyak mengikut saiz acuan
- masukkan kertas yang telah dipotong kedalam acuan
- sapukan sedikit marjerin pada setiap bucu acuan
(ini adalah bagi menggelakkan kek melekat pada acuan)